Assalamualaikum

Thursday 19 May 2011

Mencari Ketenangan Jiwa...




Dunia berputar semakin laju......
Hari berganti makin tidak disedari.....
Dia yang dulu menjadi impian...Masih diingati......
Tetapi apakan daya seorang lelaki.....
Tidak boleh berpaksikan seorang wanita...
Begitu juga seorang wanita....
Hanya memandang luaran seorang lelaki....
Hakikat sebuah kehidupan......
Sentiasa menginginkan kesenangan....
Sedangkan kesenangan itu bukan selamanya.....
Hanya sementara.......

Cara hidup mula membosankan.....
Banyak Cinta yang melayang.....
Tidakku tahu apa puncanya.....
Sedangkan aku hanya pencinta yang sejati....
Hidupku tidak mewah......Hanya simple-simple....
Adakah aku seorang yang sombong....?....
Semuanya aku anggap sahabat......
Saling bertegur sapa...

Aku ingin mengubah keadaan........
Ingin tinggalkan rasa cinta....
Kepada orang yang yang tak sudi......
Ingin menjadi orang lain....
Di alam maya ini.....
Hidup tanpa Cinta Sejati........
Membiarkan  ia berlalu pergi.......
Hanya sahabat yang dicari.....

Aku ingin berjaya dalam kehidupan.....
Bukan bergantung pada orang lain.....
tapi aku juga insan yang lemah....
perlukan bantuan orang  yang kuat.....
Aku mencari ketenangan jiwa.....
Aku mencari kebahagiaan hidup....
Aku mencari kejayaan itu......
Sesungguhnya aku senang bergelar "Mat Rempit".....
daripada Aku bergelar "sang pencinta"......

Kekecewaan yang membara......
Membuat aku sakit......aduh.....
Mengapa engkau berbuat sedemikian......
Hina sangatkah aku ini......?

Hidup bersama keluarga lebih bahagia......
Sahabat-sahabat yang ceria......
Menikmati hari yang sempurna tanpa cinta......
Hanya cinta pada Yang Esa......

Wednesday 18 May 2011

Keadaan dah berubah....



Sebelum mulakan sem baru,,keakrapan memang ada....tapi lepas dapat the new group......macam da x ngam....samada ada kesalahan yang terselindung...atau ada masalah yang menyelubungi....bukan aku sorang yang merasakan begitu....rakan-rakan yang lain juga merasakan.....nobody is perfect.....begitu juga aku...bukan semua orang pandai dalam sesuatu hal....mungkin selama ini aku xmenyedari akan semua itu....kalau da harimau mula nak tunjuk belang.....ingat semua binatang takut...??segarang mana harimau,,,,sekuat mana gajah....kalah juga ditangan pemburu.........kita bekawan bukan sahaja untuk berkongsi.....tetapi juga untuk memahami sesama sendiri.......kalau yang bodoh...berkawan dengan yang pandai....lame-lame dia juga akan menjadi pandai........,,kalau yang pandai...berkawan dengan yang bodoh.....bukannya dia jadi bodoh...tetap jadi pandai jugak.....itulah ibarat kawan(dalam bahasa yang agak kasar).....sampai sini suda la....aty makin panas bila dipikirkan......anyway.....Kejadian suatu malam dah mula menunjukkan perubahan positif...tapi kene jage-jage jugak....hehe.....Chow....

Monday 16 May 2011

Terengganu mara ke final




Terengganu berjaya menewaskan pahang dengan 2-0.....pasni terengganu akan bertemu dengan Jiran pantai timur iaitu Kelantan.....parok2....jupe awok2 sendiri...hehehe......naseb baik maen kat Stadium Shah Alam....11 jun nie.......tapi klu jumpa dengan kelantan kalau x gadoh x sah.....heheh...same-same la kite p tengok..."peteh ganu peteh....peteh biar reboh.."

Saturday 14 May 2011

Manchester City - Champion of FA Cup..

Penyokong-penyokong The Blue moon

Percubaan Stoke City dapat diselamatkan oleh penjaga gol M.C,Joe Hart..

Detik paling bermakna.....GoOllll.....

Kegembiraan Toure Yaya setelah menjaringkan gol kemenangan M.C.
Roberto Manchini,memegang piala yang dimenangi oleh pasukan bimbingannya...
Manchester City..

Piala FA yang dijulang oleh captain M.C,Carlos Tevez......

Kemenangan Manchester City mengangkat lagi pandangan Dunia kepada kelab bimbingan Roberto Manchini,..Kemenangan 1-0 pada final FA Cup menentang Stoke City,oleh Toure Yaya pada minit ke 75th meletakkan Manchester City sebagai Juara setelah menunggu sejak tahun 1976 lagi...
Penjaga gol,Joe Hart juga berjaya menyelamatkan cubaan Stoke City untuk membolosi gol Man City....
   
Kata-kata daripada Roberto Manchini setelah memenangi FA Cup 2011....."I am happy for the fans, they deserved to win this Cup. For a long time they didn't win",dia menyambung "My feeling is good, but it's important that they feel good [too]."....
    

Sebagai salah seorang penyokong Manchester City,kemenangan ini amat bermakna dan ini adalah hadiah yang paling bermakna kepada Penyokong-penyokong Manchester City.....Semoga prestasi kelab M.C. akan terus meningkat pada masa akan datang......Go M.C........

Thursday 12 May 2011

Cerita Satu Malam......


Pada tengahari aku bangun ingat nak pegi kelas..lepas mandi dan pakai baju,suh ijoy gi mandi,dye buat relax jew..aku cakap cepat la sikit..pastu aku check nset aku..da mesej dari Zul...'kelas English Writing kul 12.30 p.m. dibatalkan....anda semua bleh sambung tido balik'......aku cakap kat ijoy...dye gelak....dye lagi awal tau dari aku...da kena dah...lau da mandi memang da xleh tido da....hehe...
   Lepas semua da bersiap.....kitorang turun la g makan...airmie pun da skali..bajet da cukup2 jew...hehe...dah abes kitorang naek....aku sambung on9.....best jugak lau da orang tinggalkan broadband...ehehe.....tapi dalam pukul berapa ntah aku x berapa sure....hujan turun...bleh tahan la lebatnye....relax la sambil tengok spongebob squarepants........hehe........dalam pukul 5.45 p.m. camtu la.....aku tanya ijoy samada nak g kelas ke x?.....dye cakap pegi jew la.....pakai selipar suda....maklumlah...hujan....pakai kasut basah ti....susah pulak nak keringkan kasut.......

  aku pegi bank islam jap....pastu terus pegi kolej......jalan mase tu macam kelkatu selepas hujan....jem giler la...masuk jer dalam kolej nampak akak dan ikin baru masuk......park moto dan follow diorang masuk skali....mula-mula masuk memang x berapa nak ramai la.....sebab hujan kot lambat.....duduk la sebelah akak...oleh kerana kelas pertama.....lecturer nak kenal dengan semua orang...bangun la sorang perkenalkan diri.....semasa blaja....boleh dikira brape kali saje lecturer cakap dalam BM.....Fully English....sampai aku pun da terspeaking......
    Sebelum kelas tamat....lec. da terangkan satu slide dalam BM siap bagi contoh.....pastu da yang bersuara yang cara camtu lah yang kami boleh senang terima.....sepertimana lec. lain mengajar......ada la sedikit perbahasan tentang cara mengajar....Pastu dye trus macam marah....bila ditanya....cakap xmarah....macam touching pun da......kelas yang sepatutnya abis kul 9.30 abes dekat kul 10.30......bayangkan dalam masa sejam duk membebel...kate nak tukarkan lec. la....ape la......aku yang segar jadik mengantuk.......kalau da bantal....memang aku landing terus....
tapi ayat yang aku xleh blah.....'My heart break kamu tau'........kalau pompuan bleh la diterima...nie lelaki....adoyai.....bukannya dak2 maki kew....buat kuang ajar kew.....just bagi pendapat......untuk kebaikan dye dan juga group kami......selama aku blaja kat situ......itulah first jumpe orang camtu......so strange....abes jew..aku salam ngan dye and terus chow.....balik singgah kat kedai makan bawah pangsa Murni.....sambung meja da macam orang nak meeting...hehe....borak la pasal apa yang berlaku tadi....x munasabah langsung.....
pening bila dipikirkan.....Biar la.......tengok la minggu depan camne citer......chow....

Wednesday 11 May 2011

Kisah terpisahnye Roh dari Jasad








Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Teki teki Berger



Soalan: Siapa yg mula2 buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula2 buat Burger Dale (Begedil)


Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)
 


Soalan: Banyak2 burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)





Edited wallpaper

Gallery Photo of me

Kenangan bersama Mr Morgan

Ragam dak2 MMC

TMA Team

5 pahlawan Proton

Lamborghini

Tuesday 10 May 2011

Cinta..??

Cinta.....ada orang kata cinta itu kasih sayang........
tetapi...jika benar itu kasih sayang....mengapa ada lagi yang sanggup curang??...
memang pening kalau hendak mencari penyelesaian.....haruslah peka pada persekitaran,orang sekeliling,
rakan rakan....kerana dari situlah kita boleh mengerti bahawa cinta bagi setiap orang adalah berbeza......
ada juga yang berpendapat seperti......
atas pendapat masing2 la......
Bila mulut berkata cinta......
Belum tentu hati menyatakan sayang........
Tetapi bila wajahnya terbayang setiap masa.....
Apakah itu maknanya??.....
Cinta atau Angau??......
Tepuk dada.....tanyalah hati....




Sunday 8 May 2011

Kehilangan Seorang Kawan

  "Sesungguhnya malang memang tak berbau",pada tengahari kemarin(ahad),aku mendapat panggilan daripada kawan sekampung aku,Sepu,yang memberitahu aku seorang kawan yang aku kenali semenjak sekolah dulu,Wan Hasrul Wan Shuimy, telah pergi menghadap illahi.pada mulanya aku susah nak percaya,tapi setelah dipikirkan semula,nada suara kawan aku memang dalam kesedihan.Sebak mendengar berita tersebut,aku memberitahu kepada kawan aku yang masih belum mengetahuinya,ayie.tapi,ayie tidak menjawab panggilan aku,aku telefon pula Z.Aku suruh Z bagitahu kepada ayie.
   Kehilangan Arul dirasai kerana dia seorang yang periang,susah untuk melihat kemarahannya,suka bergurau dengan rakan2...Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-fatihah..
(berita kemalangan di sinar harian online-http://www.sinarharian.com.my/bterkini/11736.asp

Thursday 5 May 2011

Listening,...............

Sanggupkah kau bersabar sayang??

Kebenaran Atau Rekaan??

Kematian Osama Bin Laden telah mengejutkan dunia.....adakah ini benar atau sekadar rekaan......kerana hanya gambar yang dijadikan bukti.........tanpa jasad,tanpa pengebumian,tanpa kubur,tanpa gambar post-mortem,.....ada yang mempercayainya,,,,,,ada yang masih meraguinya..........jika diteliti pada gambar diatas....terdapat persamaan diantara ketiga-tiga gambar tersebut..........adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan semangat pejuang-pejuang Al-Qaeda??.......hanya Tuhan yang mengetahui segalanya........kebenaran akan muncul tanpa diduga kelak.......amin.....

sambungan Keindahan Kampung.........

Bandaraya Pesisir pantai
walaupun selalu berada dibandaraya...hati tetap ingat akan kampung yang sentiasa menjadi tempat menenangkan fikiran........Kebiasaannya kalau balik ke kampung,perkara yang wajib dilakukan adalah memancing(udang kew,ikan kew,hehehe)......kalau dah kampung pesisir pantai,kalau tak memancing,tak sah.........tapi nak kene tengok keadaan pasang surut air la jugak,,.....adap memncing,kalau tak dapat,cuba lagi,sampai habis umpan....tetapi....memancing bukan sekadar hobi sahaja,,tapi salah satu terapi.........tahap kesabaran pemancing adalah tinggi....(kalau tak penyabar,dah lame joran dipatahkan...ehhe).......kesabaran itu jugalah perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian..........selain daripada kesabaran....memancing juga dapat menenangkan jiwa dan tekanan dengan memandang laut yang terbentang luas diiringi bayu laut yang nyaman,bunyi ombak yang mengasyikkan,........pehh.....memang syok la......kalau tak memancing,.....aktiviti petang biasanya lepak dengan 'awok-awok' kampung........main bola kew...jalan-jalan ronda kampung kew.......hehehe......lagi bagus kalau bersama dengan family.......